LAMAN UTAMA

LATARBELAKANG

EKSA telah diamalkan di sektor kerajaan dan swasta untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif dan pada masa yang sama imej korporat dapat dikekalkan. Amalan ini dapat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara bersistematik dan praktikal. Di samping itu, ianya juga berupaya mengurangkan pembaziran dari segi masa dan ruang. Secara tidak langsung kos operasi dapat dijimatkan.

IMBASAN KONSEP 5S

BUKU PANDUAN 5S SEKTOR AWAM

MAMPU telah memperkenalkan Amalan 5S Sektor Awam pada Tahun 2010 melalui Panduan Amalan 5S Sektor Awam seperti pada rajah di atas.

IMBASAN 5S

PENJENAMAAN SEMULA EKSA

JENAMA SEMULA EKSA

  1. EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S untuk memenuhi keperluan sektor awam.
  2. Pelaksanaan EKSA bermatlamat untuk mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal.
  3. Amalan EKSA yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.
  4. EKSA berupaya memperkukuhkan Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan Standard MS ISO 9001:2008, bagi memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam klausa 6- Pengurusan Sumber Berkaitan Persekitaran Kerja.
  5. EKSA yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat jabatan secara keseluruhan.

DASAR

Amalan EKSA di JPN Perlis bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, selamat serta dapat memenuhi kepuasan pelanggan bagi meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan.

VISI

Mewujudkan budaya kerja yang cemerlang dengan semangat kerja sepasukan melalui persekitaran yang kondusif.

MISI

Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif, proses kerja yang bersistematik, meminimumkan kos operasi dan menonjolkan imej korporat melalui amalan EKSA yang berterusan.

OBJEKTIF

Memastikan warga kerja sentiasa mengamalkan EKSA bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif.

  1. Melaksanakan EKSA secara konsisten bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi.
  2. Menghasilkan tahap kreativiti dan inovasi yang tinggi bagi memberi impak positif kepada jabatan dan perkhidmatan.
  3. Membentuk keperibadian yang cemerlang dalam diri setiap warga kerja melalui amalan EKSA.
  4. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjimatan tenaga serta amalan kitar semula (Go Green) dan meminimumkan pembaziran.

SLOGAN

“Persekitaran Kondusif Menjana Kecemerlangan Kerja”

LOGO

logo eksa JPN PS

Direkabentuk oleh En. Abdul Rahman bin Hasim (Ketua Unit Tatatertib Dan Keutuhan, SK2P)

PENERANGAN LOGO

  • Warna BIRU mewakili ilmu dan integriti dan merupakan salah satu warna korporat Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Warna JINGGA mewakili kreativiti dan keseronokan. Ia merupakan warna tema pilihan JPN Perlis.
  • Sepuluh (10) garisan mewakili sepuluh (10) sektor di dalam JPN Perlis.
  • Sepuluh (10) garisan tersebut berpusar menggambarkan kerjasama dan kesatuan di dalam jabatan dalam pelaksanaan EKSA.
  • Bentuk BINTANG di dalam pusaran mewakili lima (5) aktiviti utama 5S yang menjadi asas kepada amalan EKSA.
  • BINTANG juga melambangkan kecemerlangan serta amalan terbaik.

PENUBUHAN ZON EKSA

Tujuan pewujudan zon EKSA adalah untuk memudahkan pelaksanaan dan pengawasan amalan EKSA. Senarai 10 zon yang terlibat di dalam pelaksanaan EKSA di bawah JPNPs ialah:

NAMA KETUA ZON

Advertisements